Sunday, June 15, 2008

RISSOLES


Rissoles
Sebungkus ada 10 batang dan air lada
Sedap dimakan semasa breakfast ataupun minum petang
Boleh dibeli Frozen atau dah siap digoreng, sekitar Kuala Terengganu sahaja
RM 4.50

Saturday, May 17, 2008

CEKAK SPIDER UNTUK DISEWA


Sesiapa yang berminat nak sewa cekak spider nie untuk dipakai semasa hari pertunangan atau perkahwinan,
bolehlah sewa disini.......... sekitar kuala terengganu sahaja. Harap maklum.
Harga sekali sewa RM20.

KAIN BATIK LEPAS

BL001


Colour - hitam putih
Ukuran - 2 meter.
Kegunaan - sesuai dijadikan kain untuk baju kurung dan sebagainya.
Price - RM20.00
BL002



Colour - hitam dan putih
Ukuran - 2 meter.
Kegunaan - sesuai dijadikan kain untuk baju kurung dan sebagainya.
Price - RM20.00


Tuesday, May 13, 2008

Beg Uncang


Avalaible Colour - maroon,blue,krim,yellow,brown and others.
Ukuran - 20 cm (Lebar) x 25 cm (Tinggi)
Kegunaan - cenderamata/berkat kepada tetamu.
Price - RM 1 seunit.




Thursday, May 8, 2008

MANDI SEROM

Menjadi kepercayaan masyarakat melayu lama, amalan mandi serom dikatakan dapat mengembalikan tenaga yang hilang akibat proses kelahiran. Ini kerana air untuk mandi serom terdiri daripada air rebusan campuran herba dan rempah ratus.

Amalan mandi serom, biasanya pada pagi hari, ibu akan mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut.
Herba dan rempah ratus untuk air mandi serom ialah
1- Daun Mengkudu.
2- Daun Serai Wangi.
3- Daun Pandan.
4- Daun Ganda Rusa.
5- Daun Senduduk
6- Biji Halba, Kayu Manis, Cengkih

Cara Penyediaannya:
1. Sediakan seperiuk air, untuk dijadikan air mandian.
2. Rebus air bersama-sama dengan daun serom.
3. Selepas mendidih, campurkan air supaya menjadi suam untuk air mandian ibu.


* Gambar akan dimasukkan kemudian.

Tuesday, May 6, 2008

INFO 1

Petikan PaMa Keluaran May 2008

Selepas melahirkan, anda pasti berasa letih kerana seluruh tenaga digunakan sewaktu proses bersalin. Oleh kerana itulah, anda digalakkan mandi untuk menyegarkan badan. Mandi bukan sekadar membersihkan tubuh tetapi merupakan terapi untuk menenagkan fikiran.
Dalam pada itu, bagi yang beragama Islam, anda wajib mandi wiladah khusus selepas bersalin. Caranya sama seperti mandi hadas besar cuma niatnya sahaja berbeza. Untuk itu, mandilah menggunakan air suam. Bagi yang berkemampuan, sediakan pemanas air elektrik di dalam bilik air.

Untuk hari yang berikutnya anda boleh mandi dengan menggunakan serbuk rempah yang sudah siap dibungkus atau gunakan serai, daun limau purut dan daun inai dengan cara merebusnya untuk memberi aroma terapi kepada minda.

Cara mandi perlu betul kerana ia dikatakan mampu meningkatkan kesegaran badan. Mulai mandian dengan menjirus kedua belah kaki, kemudian badan, seterusnya kepala. Rambut yang basah perlu segera dikeringkan. Anda boleh menggunakan pengering rambut seterusnya ikat rambut dengan kemas.

Untuk bahagian sulit, lap bahagian berkenaan dengan ubat cecair antibiotik. Pada ketika ini, darah nifas akan keluar seperti anda datang haid. Pilih tuala wanita yang selesa uat anda. Sebaik-baiknya pakai tuala wanita khusus untuk ibu lepas bersalin pada awal tempoh berpantantang kerana lapisannya yang lembut, baik untuk luka yang belum sembuh sepenuhnya. Sentiasa tukar tuala wanita untuk menjaga kebersihan.

Sunday, May 4, 2008

WELCOME

Welcome to 'BazaarWarisan' Your Online Shopping Center.
Dengan lafaz Bissmillahhirrahmanirrahim, BazaarWarisan dibuka dengan rasminya.
Semoga anda menyukai produk-produk yang dijual disini.
-mari beli sini deh.......harga muroh sokmo!!